Secara jujur,aku dah naik menyampah dengar ceirta isu PTPTN ni.
Yang kecoh sangat dengan masalah nak mansuhkan pinjaman yang konon katanya pendidikan seharusnya di beri secara percuma.Percuma kepada mahasiswa mahasiswi,pinjaman dijadikan sebagai satu kebajikan.
Kenapa awak nak mansuhkan PTPTN?
Memang dari dulu aku pun rasa kalau deal dengan badan PTPTN memang leceh.Masuk universiti dulu,semua student akan kelam kabut nak kasi settle dengan cepat.Berulang kali balik rumah mintak tanda tangan mak ayah,slip gaji,no kwsp,tax bagai untuk melengkapkan segala hal2 document.Beratur bagai nak gila untuk sesi penyerahan segala jenis borang.Tu belum lagi kalau hal borang-borang yang tak lengkap.Borang tak lengkap,lambat la kau dapat duit!
Dah habis belajar dapat surat pulak untuk selesaikan segala jenis hutang yang beribu.Tu belum lagi kes interest kejap 3% kejap 1% lepastu kata sistem ujrah ni menipu.Lagi naik menyampah bila telefon hot line PTPTN tunggu dekat setengah jam untuk bercakap dengan bahagian customer service diorang.Belum lagi kau naik marah bila bulan-bulan kau bayar hutang kau,tiba-tiba sistem tak update pulak macam seolah kau tak bayar langsung.
Bengang weh,leceh pun ada!
Tapi biasalah benda kita dah pinjam,macam-macam2 benda lah kita kena hadap dengan si pemberi.Buat pinjaman kat bank pun ada bunga,inikan pula benda macam ni.
Dulu bukan main nak pinjam sebab katanya tak mampu.Mak ayah tak kerja.Nak makan, duit takda.Mengharap duit kerajaan jelah yang boleh tanggung belajar kau kat menara gading sana.
Tapi bila dah dapat, duit kau habis berjoli.Kau beli handphone mahal,baju mahal,kasut mahal,belanja gf belanja bf memang tak cakup nak tanggung belajar kau.Sebab duit kau seminggu je dah habis.Kau bising bila nama kene blacklisted tak dapat pergi oversea.Duit kau dah habis berjoli,lepastu kau nak minta kerajaan bagi free-free.
Benda ni ada baik ada buruk.Kita kene sedar diri.Tanpa kerajaan siapalah kita walaupun aku memang marah dulu Datin Sri Rosmah beli cincin juta-juta.Aku tak sokong mana-mana pihak sebab bagi aku politik ni memang sucks!Pandai-pandai la kau nak nilai mana baik mana buruk.
Aku bukan nak berlagak sebab aku dapat 1st class,pinjaman aku dijadikan biasiswa.Alhamdulillah aku memang bersyukur sebab hutang aku tak payah bayar.Kau tak tahu betapa gelupurnya aku belajar tiap semester dulu.Susah,payah!Duit aku dapat dulu memang ngam-ngam untuk hidup 4 semester dekat UITM dulu.Kalau nak cerita tak cukup memang tak cukup tapi kau student,pandai2 la nak hidup.
Masalahnya sekarang kau belajar pun main-main,duit kerajaan bagi habis kelain,kau sebok nak protes nak mogok suruh bagi pendidikan free,Apa kau ingat Malaysia kaya sangat ke.
Kalau macam tu,aku nak pinjam duit kau dua ribu setengah weh untuk beli baju mahal beg mahal berjoli,
lepastu aku tak nak bayar.
Boleh?Kalau boleh,bagi aku pinjam sikit!
 |
Time aku tengah shopping barang tunang,time tula dia boleh berarak kat Jalan Tar ni, sakit mata betul! |
 |
Aku memang menyampah dengan Adam Adli ni!pfft!
|